Showing posts with label Buletin cantik. Show all posts
Showing posts with label Buletin cantik. Show all posts

Wednesday, 24 September 2014

Daging Berempah Elak Kanser

Daging sering dikaitkan dengan kanser terutamanya apabila kerap diambil. Kajian dari Kansas State University (KSU) mendapati beberapa rempah yang digunakan dalam daging sebelum anda memasak dapat mengurangkan risiko kanser dan membuatkan hidangan tersebut bertambah lazat.

 Antara rempah yang digunakan ialah Rosemary dan kunyit. Rempah ini akan mengaktifkan antioksidan untuk mencegah pembentukan amina heterosiklik (HCA). HCA adalah senyawa yang menjadi penyebab kanser, terhasil ketika daging dipanggang, bakar, kukus atau goreng.



Sumber : Majalah I Sihat

3 Makanan Terbaik Sewaktu Sakit Perut

Tahukah anda pengambilan makanan yang betul untuk waktu sakit adalah sangat penting. Ini kerana kurang makan akan melambatkan penyembuhan. Misalnya, tatkala diserang demam selsema, anda perlu memastikan air yang diminum mencukupi dan menikmati hidangan berkhasiat. Tetapi jika anda diserang sakit perut, mengekalkan hidrasi tubuh dan makan hidangan yang lembut adalah cara untuk sembuh dengan lebih cepat.

Contoh makanan yang dicadangkan ketika diserang sakit perut : 


Roti Bakar
Pisang
Halia

Biskut Kraker


Sumber : Majalah I Sihat





Tuesday, 23 September 2014

Avokado Kecilkan Perut

Buah berbentuk lonjong ini cukup popular dikaitkan dengan kecantikan. Hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avokado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolestrol.

Selain itu ia kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan. Malah para penyelidik juga mengatakan hormon Leptin yang terkandung di dalamnya mampu menunda rasa lapar dan seterusnya membuat anda merasa lebih langsing.



Selamat Mencuba ^_^

Sumber : majalah i sihat