Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk
mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat
adalah vitamin B kompleks.
Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari
beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki
fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan
saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu
mencegah anemia.
Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan
sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko
penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal
dan boleh mengakibatkan anemia.
Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga
dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat
beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah
kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan
mudah tersinggung.
KELEBIHAN
VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu
kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan
rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem
saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel
darah merah.
KELEBIHAN
VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.
KELEBIHAN
VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.
KELEBIHAN
VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti
sel genetik.
No comments:
Post a Comment