Kehebatan Zikir Ya Wahhab
Maksudnya:
AL-WAHHAB,
Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.
Dia Maha Pemberi.
Rahsia
kehebatannya:
1- Menjadi
terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas
setiap solat fardhu, insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan
kemasyhuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41
kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang
banyak. Peluang akan datang dengan mudah sekali.
2- Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta
sesuatu, insya Allah permintaanNya akan diperkenankan. Jika dibaca 100 kali
dengan tangan menadah ke langit, doa anda akan dimakbulkan.
3- Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat
miskin, hendaklah dia mengamalkan solat sunat, kemudian sujud dan membaca 70
kali Ya Wahhab. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka (dari
kawan,jiran atau seumpamanya).
4- Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak
ada wang untuk membayarnya, kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2
rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian
memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali. Kemudian hendaklah
dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut (tiga
Khamis). Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat
dilangsaikan.
5- Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat
Zuhur, insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
6- Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila
masa, kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,
insya Allah.
7- Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak
mencukupi, bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat
sunat nafil 2 rakaat di tengah malam. Insya Allah anda akan berasa bebas atau
mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x
sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir Ya-wahhab ini akan
jadi amalan kita.
Selamat Beramal :)
No comments:
Post a Comment